“Tunggu Saya Pulang Dan Bincang Dengan Zuraida,” – PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin masih lagi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Masih terlalu awal untuk saya membuat keputusan mengenai peletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin.

“Tunggu saya balik, dan saya akan panggil dia untuk berbincang kemudian baru saya buat keputusan.

“Setakat hari ini dia (Zuraida) masih lagi boleh menghadiri mesyuarat Kabinet, sebab dia tidak letak jawatan sebagai Menteri Kabinet dan saya pun pecat dia,” katanya dalam sidang media bersama wartawan di Jepun, hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri diminta mengulas mengenai tindakan Zuraida yang meletakkan jawatan menteri Kabinet dan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kelmarin.

Zuraida, dalam kenyataan medianya semalam memberitahu akan bertemu Ismail Sabri dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai jawatannya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Zuraida masih perlu hadir dalam mesyuarat Kabinet yang akan diadakan pada Rabu depan.

“Dia masih lagi menteri Kabinet sehingga mesyuarat hari Rabu akan datang dan sehingga dia berjumpa saya dan walaupun dia akan jumpa saya, saya tidak tahu nak buat keputusan atau tidak.

“Maknanya sehingga saya memutuskan untuk dia berhenti dan saya lantik menteri lain, kalau saya lantik menteri yang lain. Jadi kita tidak tahu lagi apa kesudahannya,” kataya lagi.

BBerkaitan

Latest articles