Tunggu Laporan Rasmi Pihak Berkuasa – MB Pahang

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak membuat atau mendengar sebarang spekulasi berhubung nahas pesawat ringan yang meragut sepuluh nyawa semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menasihatkan orang ramai menunggu laporan atau sebarang keputusan yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai kejadian itu.

“Jangan dengar spekulasi. Dapatkan laporan sahih daripada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Jabatan Forensik HTAR Klang, hari ini.

Sementara itu, katanya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas itu banyak mengemukakan agenda untuk negeri pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Rabu lalu.

“Ada enam atau lapan perkara yang dikemukakan arwah pada mesyuarat Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Pahang akan menguruskan yang terbaik untuk jenazah Allahyarham Johari yang merupakan anggota Exco dan ADUN Pelangai.

“Kita akan uruskan yang terbaik. Setakat ini kita belum dapat apa-apa permohonan lagi dari keluarga.

“Kita tahu keadaan mereka dan kita akan buat apa yang patut dan terbaik,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles