KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyelar tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan menyerang UMNO dan pemimpin-pemimpin parti itu.
Tegas Dr Shamsul, serangan bekas perdana menteri itu bertujuan hanya untuk membuatkan UMNO ‘senyap’, lantaran parti itu sahaja yang boleh mendedahkan kerosakan yang beliau lakukan pada Malaysia sepanjang memegang jawatan suatu ketika dahulu
Ahli Parlimen Lenggong itu juga menyifatkan dendam dan tahap kebencian Dr Mahathir kepada UMNO cukup tebal dan bencinya pada Datuk Seri Najib Razak hanya Allah yang tahu.
Namun sayangnya, Dr Mahathir telah lupa kerana UMNO juga beliau boleh menerajui kerajaan pusat selama 22 tahun dahulu.
Namun dalam tempoh itu juga, Dr Mahathir menggunakan ‘peluang’ yang ada untuk mengkaya-rayakan kroninya, malah, anak-anak beliau juga senang-lenang.
”Oleh itu Tun … usah ingat rakyat tidak tahu semua ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Shamsul Anuar mengulas kenyataan Mahathir bahawa hukuman penjara yang dihadapi oleh Najib tidak membersihkan UMNO daripada budaya rasuah.