Tun M, Tommy “Cacatkan” Proses Pendakwaan Ketika Pegang Kuasa

KUALA LUMPUR: Kedua-dua bekas Perdana Menteri dan bekas Peguam Negara sebelum ini bertanggungjawab atas kecelaruan yang berlaku di dalam sistem pendakwaan negara, hari ini

Malan Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga menegaskan proses pendakwaan di negara ini memang sudah dirosakkan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Tommy Thomas berkuasa di dalam kerajaanm

Ujar Shahrir, beliau didakwa di mahkamah walaupun kes boleh diselesaikan melalui rundingan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Tapi kalau dibicarakan, lebih menekan dan dimalukan. Akhirnya kes digugurkan kerana siasatan tidak lengkap apatah lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada kepakaran percukaian,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Januari lalu atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada LHDN.

Shahrir turut menyifatkan kes SRC International melibatkan dana RM27 juta yang dihadapi Najib sebagai lebih ‘kelakar’.

Menurut beliau, kes yang tertangguh selama lima tahun itu mempunyai ‘cerita’ yang sama seperti kes SRC International melibatkan dana RM42 juta yang disabitkan terhadap Najib sebelum ini.

“Kerajaan Perpaduan tidak pula berani salahkan Tun Mahathir dan Tommy semacam dalam soal enakmen jenayah syariah Kelantan berperlembagaan atau tidak?

“Kena marah pula kerajaan sebelum?” katanya.

BBerkaitan

Latest articles