Tun M Tidak ada Kuasa Tandatangani Kenyataan Bersama – Penerangan PPBM

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohammad tidak ada kuasa untuk menandatangani Kenyataan kata Ketua Penerangan PPBM Senator Dr Radhi Jidin hari ini.

Melalui Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Penerangan PPBM itu berkata Pengerusi partinya itu tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani kenyataan Bersama Pakatan Harapan, BERSATU dan Parti Warisan Sabah yang bertarikh 4 Mei 2020 dan ianya adalah satu tindakan yang bercanggah dengan pendirian parti

Sebelum ini satu kenyataan bersama telah dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak satu PARLIMEN wajib bersidang penuh sekurang-kurangnya dua minggu bermula 18 Mei ini.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Parti Amanah Negara, Haji Mohamad Sabu, yang memberi gambaran seolah-olah BERSATU berminat untuk menyertai semula Pakatan Harapan, katanya BERSATU tidak pemah membincangkan perkara ini dan tidak berhasrat untuk menyertai semula Pakatan Harapan.

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU sebagai badan eksekutif tertinggi parti dalam mesyuaratnya pada 23 Februari 2020 telah memutuskan untuk BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan dan tidak Iagi mempunyai apa-apa hubungan kerjasama dengan gabungan tersebut” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan calon Presiden Bersatu, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir yang menyeru ahli-ahli BERSATU supaya bekerjasama semula dengan Pakatan Harapan, kata Radzi Jidin ianya adalah pendirian peribadi Mukriz Mahathir dan tidak melambangkan pendirian rasmi parti.

” Sebarang usaha untuk membawa BERSATU bekerjasama dengan Pakatan Harapan adalah bercanggah dengan keputusan rasmi parti” katanya lagi. TRI

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini