Tun M Terus Desak Anwar Kemuka Bukti Curi Duit Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti dan mendakwanya ke mahkamah sekiranya benar beliau mencuri wang atau harta daripada rakyat.

“Dia kata dia ada bukti berkotak-kotak, tulisan-tulisan bukti pun ada. (Anwar kata) akan tunjuk tetapi bila saya minta tunjuk dia kata tidak boleh, rahsia.

“Kalau awak ada (bukti) tunjuk la pada saya. Tunjuk (bukti) saya curi duit sebab kita tahu ada orang curi duit, dihadap ke mahkamah, dibicara dan dimasukkan di dalam penjara.

“Kalau saya curi duit, tunjuk (bukti) secara terang yang saya curi duit, boleh bawa saya pergi mahkamah adakan perbicaraan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Townhall Bicara & Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di i-City Convention Centre, malam tadi.

Program berkenaan juga turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Awang yang juga salah seorang panel pada program tersebut.

Reaksi bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menyusul selepas Anwar memberi amaran kepada Dr Mahathir supaya menyerahkan kembali segala harta yang didakwa dikumpul secara salah atau berdepan dengan siasatan pihak berkuasa.

Anwar juga menyebut kedegilan bekas perdana menteri itu untuk mengembalikan semula hak rakyat bertentangan dengan perjuangan Dr Mahathir hari ini yang beria-ia hendak menegakkan nasib orang Melayu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, walaupun Anwar tidak menyebut namanya, namun memberi bayangan ahli politik yang berkhidmat selama 20 tahun dan 22 bulan menyebabkan beliau terasa tuduhan itu.

Tambahnya lagi beliau tidak pernah takut kerana yakin tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan selama mentadbir negara sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles