Tun M terima RM2.6 juta dari UKSB – Mahkamah

SHAH ALAM – MahKamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sumbangan dana politik sebanyak RM2.6 jute daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Perkara itu dimaklumkan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik laporan Malaysiapost, Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata bekas Perdana Menteri itu yang juga bekas Pengerusi BERSATU menerima sumbangan itu untuk kegunaan parti berkenaan menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

“Kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB yang menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan.

“(Presiden BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerima sumbangan dana politik daripada UKSB menerusi rakan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang juga Pengarah SHH Resources Holdings Bhd,” katanya

Ahmad Zaidi: Ahmad Zahid juga menerima sumbangan politik?

Siong Sun: Ya.

Ahmad Zaidi: Kamu ada lihat (Dr) Mahathir dan Muhyiddin dalam mahkamah?

Siong Sun: Tidak.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN), serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 jute, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018

BBerkaitan

Latest articles