Tun M Sedih, Kehilangan Sahabat Perjuangan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Tun Daim Zainuddin seperti kehilangan sahabat yang bersama berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Dr Mahathir menzahirkan kesedihan tidak terhingga selepas mengetahui sahabatnya meninggal dunia pagi ini ini.

“Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhirnya hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab kerana dendam.

“Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.

“Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan. Berikan tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi catatan di laman facebooknya sebentar tadi.

Nama allahyarham pernah ‘muncul’ semula pada 2018 sewaktu Dr Mahathir sekali lagi dilantik menerajui pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Allahyarham yang digelar ‘orang kanan’ Dr Mahathir membuat kemunculan semula dalam ‘arena’ politik dan pentadbiran negara apabila bekas Menteri Kewangan itu diberi tanggungjawab mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan.

Dalam perkembangan terkini, Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dibawa keluar dari Hospital Assunta jam 11.10 pagi dipercayai untuk dibawa ke kediamannya di Persiaran Bukit Tunku.

Menurut keluarga, Allahyarham ِmenghembuskan nafas terakhir pada jam 8.21 pagi di hospital ini.

Jenazah dijangka disolatkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta selepas solat Asar.

Tinjauan Bernama di Hospital Assunta mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa ahli keluarga Allahyarham Daim turut mengiringi van jenazah.

BBerkaitan

Latest articles