Tun M Sahkan Tidak Akan Bertanding Dalam PRU15

LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas perdana menteri itu turut memaklumkan beliau tidak akan ‘mengintai’ kerusi lain.

Sebaliknya mahu memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di dalam arena politik serta pilihan raya selain memberi alasan tahap kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya.

Meskipun tidak bertanding kelak, Dr Mahathir memberitahu dirinya akan terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.

“Kita (di dalam parti Pejuang) hendak cari orang yang lebih muda daripada saya (untuk ganti saya bertanding di Langkawi), saya boleh ada bersama (dengan calon itu), saya (juga) boleh beri nasihat (kepadanya), saya boleh ambil bahagian dalam kempen iaitu kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin (akan) bercakap sikit (dalam membantu jentera parti,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Lang Agro Park sempena Program #PulangKeLangkawi, pada Rabu.

Untuk rekod, Dr Mahathir pernah memberi bayangan enggan mempertahankan kerusi Langkawi dalam pilihan raya akan datang.

BBerkaitan

Latest articles