Tun M ‘Ralat’ Ada PM Yang Tak Dengar Cakap, Nasihatnya

KUALA LUMPUR: Berkongsi pentas di Program Bicara Bangsa Tanah Aku, Dulu, Kini Ke Hadapan Bersama Tun Dr Mahathir sempena Proklamasi Orang Melayu (POM) Selangor, hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada pemimpin kerajaan yang dilantik selepasnya tidak pernah bertanya pendapat atau nasihat dalam urusan pentadbiran.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga mendakwa beliau sedia berkongsi pengalamannya dalam kerajaan dan politik dengan bekas perdana menteri selepas pentadbirannya.

Malah jelas Dr. Mahathir, terdapat pemimpin yang tidak mendengar nasihatnya apabila diberi teguran.

“Saya dulu ingat bila Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana menteri, dia hendak tanya saya. Tapi tidak pernah tanya, Najib (Datuk Seri Najib Razak) pula saya cakap dekat dia tak payah lah bagi duit, dia kata cash is king, tak mahu dengar.

“Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula dia ada story (untold),” katanya.

Dr Mahathir dalam pada itu menambah dasar kerajaan tidak lagi memiliki kuasa dan apakah peranan yang boleh disumbangkan selepas ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi POM berkata, beliau masih mampu memberi sumbangan kepada negara daripada segi idea dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat.

“Kita boleh tentukan matlamat tetapi kalau tidak tahu matlamat itu tidak akan tercapai

“Saya mempunyai pengalaman yang lama dan bagaimana hendak capai matlamat saya fikir saya boleh sumbang

“Itulah peranan saya dan saya ada banyak idea sebab 80 tahun dalam politik,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi.

BBerkaitan

Latest articles