Tun M, PH Kena Jawab Isu Bayaran Waris Sulu

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membangkitkan surat kesal Tommy Thomas kepada waris Sulu yang disalin kepada hakim di mahkamah Sepanyol.

Dalam satu kenyataan, Najib berkata sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak iktiraf keputusan mahkamah, mengapa ada pula surat kesal bekas peguam negara itu disalin.

Najib berkata demikian merujuk kepada penjelasan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu tuntutan Sulu.

“Dia (Tun M) kata pendirian kerajaan PH ialah mereka komited tunaikan janji untuk membayar waris Sulu – bermaksud mereka iktiraf tuntutan ke atas Sabah.

“Bermaksud kerajaan PH mengaku Sabah dimilik waris Sulu – iaitu bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini sebagai negara berdaulat.

“Lalu Tun M kata biar pun mereka iktiraf tuntutan waris Sulu mereka tidak iktiraf keputusan mahkamah Sepanyol,” kata Najib .

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata, kerajaan PH tak hantar wakil untuk lawan kes di mahkamah Sepanyol kononnya dengan pendirian tak iktiraf keputusan mahkamah Sepanyol tapi boleh pulak salin surat mengaku kesal dan salah itu kepada hakim mahkamah di negara itu.

“Tahukah Tun M bahawa surat kekesalan Tommy Thomas dipetik sekurang-kurangnya 10 kali ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa menjelaskan kewajaran anugerah diberikan kepada waris Sultan?

“Dan tahukah Tun M bahawa pendirian kerajaan PH mengaku dan mengiktirafkan tuntutan wakil Sulu ke atas Sabah akan memberi kesan jangka masa panjang sebab kamu telah iktiraf bahawa Sabah memang milik wakil Sulu.

“Tahukah kamu bahawa surat Tommy boleh disamakan dengan surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953 kepada Singapura terhadap pemilikan Pulau Batu Putih?” soalnya.

Sebenarnya, menurut Najib, Tun M dan kerajaan PH sedar apa mereka buat menimbulkan kekeliruan pada setiap masa ketika mereka memerintah.

“Lalu Tun M salahkan saya mungkir janji untuk tidak membayar wakil Sulu selepas orang Sulu membunuh 10 wira Malaysia dengan begitu kejamnya dalam pencerobohan Lahad Datu biar pun dia sendiri yang juga suruh negara tidak lagi membayar dan tidak lagi iktiraf tuntutan Sulu ke atas Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara pada masa itu,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles