Tun M Perlu Rehat Hingga Tiga Minggu, Tak Dinasihat Jalani Pembedahan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dinasihatkan menjalani tempoh rehat selama dua hingga tiga minggu selepas mengalami kecederaan patah tulang pinggul akibat terjatuh di kediamannya semalam.

Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir yang kini mencecah 100 tahun, kaedah pembedahan tidak disarankan oleh pakar perubatan.

Menurut beliau, pasukan kesihatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mencadangkan rawatan secara konservatif atau pemulihan biasa tanpa pembedahan sebagai langkah paling selamat buat bekas Perdana Menteri itu.

“Proses pemulihan ini memerlukan sedikit masa dan beliau perlu berehat antara dua hingga tiga minggu sebelum kembali pulih sepenuhnya serta mampu menjalani rutin seperti biasa,” katanya menerusi satu rakaman video yang dikongsi di platform TikTok Rafique Rashid MEDIA TEAM hari ini.

Dalam pada itu, Mukhriz turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas doa dan sokongan yang diberikan serta berharap proses pemulihan bapanya berjalan lancar.

Semalam, Dr. Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9.30 pagi selepas dilaporkan terjatuh, yang mengakibatkan kecederaan pada bahagian pinggulnya.

BBerkaitan

Latest articles