Tun M Minta Orang Cina, India Jangan Takut Dengan GTA

KUALA LUMPUR: Kedudukan ekonomi masyarakat Cina dan India lebih terpelihara dan berada dalam keadaan yang baik selepas kemerdekaan di bawah pentadbiran orang Melayu berbanding semasa penjajahan.

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa masyarakat Cina dan India tidak merasa takut, sebaliknya terus mendekati kerajaan majoriti Melayu seperti Gabungan Tanah Air (GTA) yang mewakili parti, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang terdiri daripada kaum itu, demikian menurut Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kita tidak rampas siapapun punya harta. Orang Cina tidak hilang harta mereka. Bahkah kita beri kerakyatan kepada satu juta orang. Itulah pemerintahan yang dikuasai orang Melayu.

“Bukan sahaja itu bidang perniagaan juga terbuka bekalan kepada kerajaan juga terbuka kepada semua rakyat Malaysia khusus orang Cina kerana mereka lebih cekap dalam bidang ini.

“Kalau kita selidik kita dapati semua bilionair Cina hanya selepas orang Melayu memerintah,” kata Dr. Mahathir dalam sesi soal jawab pada Program Suara Tanah Air anjuran Sayap Muda GTA.

Sementara itu dalam sidang media, Dr. Mahathir dalam sidang media berkata, GTA masih menunggu keputusan permohonan pendaftaran parti itu.

Bagaimanapun beliau yakin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan meluluskan penubuhan parti itu.

“Saya diberitahu ada 30 parti-parti lain yang minta supaya didaftar. Sebab itu mereka tidak boleh percepatkan pendaftaran. Mungkin dalam bulan ini mereka akan daftar.

“Tetapi mereka juga memberi pengakuan bahawa tidak ada masalah mendaftar GTA kerana kita mematuhi semua peraturan dan undang-undang negara,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir berkata, sekiranya permohonan GTA tidak diluluskan sebelum PRU parti itu mempunyai perancangan yang lain.

Dalam pada itu menurut beliau, GTA akan meletakkan kira-kira 30 calonnya terdiri daripada orang muda.

“Kita harap boleh dapat hingga 30 peratus. Tapi terpulang kepada bakat-bakat yang ada dalam kalangan anak muda.

“Kalau kita tidak sampai 30 peratus kerana tiada bakat itu tidak boleh kita kecewa. Tapi kita harap akan dapat calon mungkin lebih 30 peratus,” kata Dr. Mahathir.

BBerkaitan

Latest articles