Tun M Mahu Orang Ramai Doakan Jamal, Tak Perlu Ungkit Kisah Lalu

KUALA LUMPUR: Menghormati masa sukar yang sedang dilalui Datuk Jamal Yunos, adalah lebih baik ramai pihak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.

Demikian menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila diminta beberapa pihak yang mahu supaya Jamal memohon maaf kepadanya.

“Bagi saya tidak perlulah mengungkit perkara itu kepada saudara se-Islam kita yang sedang menghadapi kesukaran,” ujarnya.

Bukan itu sahaja Dr Mahathir menggesa orang ramai supaya mendoakan kesembuhan Jamal yang kini sedang bertarung nyawa apabila kanser paru-paru yang dihidapinya sudah merebak ke otak.

“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Imbas kembali Dr Mahathir sering menjadi sasaran Jamal selepas beliau sering mengkritik kontroversi 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Baru-baru ini Jamal dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ampang, selepas tahap kesihatannya semakin merosot akibat kanser yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Beliau memaklumkan sel kanser yang menyerang bahagian paru-parunya pada 2022 bagaimanapun kini merebak ke bahagian otak menyebabkan beliau sukar untuk bercakap dan makan secara normal

BBerkaitan

Latest articles