Tun M Dirawat Di IJN, Tetap Menulis, Teliti Fail

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad
yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu, dilihat tetap aktif dan terus melakukan tugas rutin seperti menulis dan meneliti beberapa fail.

Melalui perkongsian beberapa gambar di
Facebook rasmi bekas Perdana Menteri itu, dapat dilihat Dr Mahathir sedang menulis.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad menulis dan meneliti beberapa fail di wad hospitalnya di Institut Jantung Negara pada Khamis. Dr Mahathir dimasukkan pada Selasa dan dirawat kerana jangkitan,” kata kenyataan itu.

Laporan media pada hari ini menyebut, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN sejak dua hari lalu kerana dipercayai mengalami jangkitan.

Bagaimanapun dikatakan keadaan Dr Mahathir tidak membimbangkan.

BBerkaitan

Latest articles