Tun M Dirawat Di IJN Lagi

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan kembali dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN hari ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif.

“Berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini, tiada pelawat dibenarkan untuk melawat Dr Mahathir,” kata kenyataan itu, yang turut dikongsikan akaun Twitter rasmi bekas Perdana Menteri berkenaan.

Pada 16 Disember lalu, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan kerana perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan lanjut.

Ahli Parlimen Langkawi itu berada di IJN selama lapan hari, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember lalu, selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

BBerkaitan

Latest articles