Tun M Dimasukkan Ke IJN

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7 malam tadi.

Menerusu satu kenyataan, IJN memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan selanjutnya.

“Yang Amat Berbahagia Tun dijangka berada di IJN untuk beberapa hari lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada pegawai Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengesahkan perkara itu.

“Ya, benar sebagaimana dalam kenyataan,” kata beliau.

BBerkaitan

Latest articles