Tun M Dibenarkan Keluar IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Dr. Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa, 6 September ini,” jelas kenyataan itu.

Untuk rekod Dr Mahathir dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

BBerkaitan

Latest articles