Tun M Dibenar Pulang Bermalam Secara Berperingkat, Tunjuk Perkembangan Positif

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dibenarkan pulang dan bermalam di kediamannya secara berperingkat selepas hampir sebulan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat kecederaan patah tulang pinggul kanan.

Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu selepas terjatuh di kediamannya di The Mines.

Sejak itu, beliau menjalani rawatan rapi termasuk sesi fisioterapi di bawah pemantauan pasukan perubatan pakar.

Menurut kenyataan berkenaan, Dr Mahathir diberikan kebenaran ‘home leave’ selama dua hari berturut-turut pada 4 dan 5 Februari, membolehkan beliau pulang dan bermalam di rumah.

Bagaimanapun, beliau masih perlu kembali ke IJN pada waktu siang bagi meneruskan rawatan serta pemantauan kesihatan.

Pasukan perubatan IJN setakat ini dilaporkan berpuas hati dengan perkembangan pemulihan beliau, termasuk tindak balas positif terhadap rawatan dan fisioterapi yang sedang dijalankan.

Walaupun kebenaran pulang diberikan secara berperingkat, Dr Mahathir masih berada di bawah pemantauan rapi pihak perubatan.

Sehubungan itu, beliau dinasihatkan supaya tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

BBerkaitan

Latest articles