Tun M Dakwa Muhyiddin dan 6 MP ‘Langgar’ Perlembagaan Parti

Selepas dilucutkan keanggotaannya daripada Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan menyasarkan serangan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan enam lagi ahli parlimen dari parti berkenaan.

Dr Mahathir yang masih mendakwa dirinya sebagai Pengerusi Bersatu berkata Muhyiddin dan enam yang lain melanggar perlembagaan parti.

Mengambil kira hal itu, ujar Dr Mahathir bakal menyebabkan mereka berdepan dengan tindakan lembaga disiplin parti.

“Perbuatan Muhyiddin dan enam ahli Parlimen lain yang menyatakan keluar daripada PH jelas melanggar perlembagaan parti kerana tiada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk keluar daripada PH,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut turut ditandatangani oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malek dan Datuk Amiruddin Hamzah yang telah dilucutkan keanggotaan parti pada minggu lalu.

Kesemua mereka sehingga kini mendakwa pemecatan mereka tidak sah malah keputusan berada di blok pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini tidak bermakna mereka mahu meninggalkan Bersatu.

“Kami tidak pernah mengisytiharkan keluar daripada parti mahupun menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini. Pilihan kami untuk tidak menyokong kerajaan Muhyiddin atau Perikatan Nasional tidak bermakna keluar parti,” kata kenyataan bersama itu lagi.

BBerkaitan

Latest articles