Tun M Bantu Kempen PN – Dakwa Perjuangannya Untuk Bangsa, Bukan Jadi PM Lagi

KUALA LUMPUR: Hari terakhir bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai malam tadi menyaksikan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Perikatan Nasional (PN).

Hadir sama adalah kepimpinan tertinggi PN antaranya Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi merangkap Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut hadir adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN..

Dalam ucapannya, Dr Mahathir mendakwa perjuangan politik beliau masih lagi kerana bangsa Melayu, agama Islam dan Malaysia secara keseluruhannya.

Meskipun usianya sudah hampir 100 tahun, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa ia bukan penghalang untuk dirinya berpolitik.

Bahkan beliau turut mengambil kesempatan mengkritik Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Ya saya umur saya 98. Kalau ambil kalendar Islam saya sudah berumur 101 tahun tetapi boleh cakap, kita cakaplah. Kita nak berjuang untuk bangsa kita, untuk negara kita, untuk agama kita. Itu perjuangan kita.

“Bukan (perjuangan) untuk duit, bukan untuk jadi Perdana Menteri. Kalau nak jadi Perdana Menteri saya tak resigned (letak jawatan) pada 2003. Saya letak jawatan tak ada siapa halau saya pun supaya nak bagi peluang kepada (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi. Tetapi habis juga.

“Selepas itu dapat (jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri) Najib (Razak), kita ingat elok. Tun (Abdul) Razak (Hussein) mentor saya. (Tengok-tengok) Najib pun macam itu juga. Curi duit berbilion ringgit,” dakwanya.

BBerkaitan

Latest articles