Tun M arah kukuhkan Bersatu, kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP- Hamzah Zainudin

Datuk Seri Hamzah Zainuddin menemplak tuduhan pihak-pihak tertentu apabila cuba menyalahkan beliau sebagai individu yang cuba memecah-belahkan umat Melayu di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebaliknya, beliau menegaskan apa yang dilakukan adalah berdasarkan arahan daripada Tun Dr Mahathir sendiri yang sebelum ini berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang saya lakukan bukan untuk pecah-belahkan parti tapi untuk menentukan apa yang Tun Dr Mahathir sendiri mahu.

“Dan Tun mahu supaya kalau boleh pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu kembali. Itu saya lakukan. kata Hamzah

Hamzah berkata permintaan Mahathir itu disampaikan kepada pemimpin parti termasuk anaknya, Mukhriz, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak Faizal Azumu, dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya.

“…nak cari jalan bagaimana untuk Bersatu keluar dari PH. Ini permintaan dia dan saya kata okay kita sama-samalah.

Hamzah menambah bahawa beliau keluar dari Umno untuk menyertai Bersatu atas jemputan Mahathir dan sentiasa membuat tugas atas arahan bekas perdana menteri itu.

“Tujuan Tun ketika itu adalah untuk memperkukuhkan Bersatu dan saya bersetuju. Rakan-rakan saya juga bersetuju.

“Tun minta saya bukan sahaja untuk kukuhkan Bersatu tapi kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP,”

Hamzah Zainudin turut memaklumkan status keahlian Dr Mahathir dan empat lagi ahli parlimen Bersatu mereka bukan dipecat daripada Bersatu tetapi secara undang-undang keahlian kelima-lima mereka terhenti kerana bersama dengan blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Saya ingin tegaskan bahawa kelima-lima mereka tidak dipecat daripada parti, tetapi keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

“Ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu.

“Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri,” katanya membaca teks yang disediakan dalam sidang media di ibu pejabat parti

KEAHLIAN TUN M TERHENTI SECARA UNDANG-UNDANG BUKAN DIPECAT – HAMZAH ZAINUDDIN

 

BBerkaitan

Latest articles