Tular Video Dakwaan Digari, JAIS Sahkan Sajat Ditahan

Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), siasatan itu berdasarkan tindakan Sajat yang dilakukan dan beberapa aduan yang diterima pada tahun 2018 dan 2020.

Begitu juga JAIS turut mengambil maklum dengan sebuah video yang direkodkan Sajat dan ditularkan berhubung insiden yang melibatkan dirinya dan beberapa pegawai penguatkuasaan JAIS baru-baru ini.

“Sajad telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.

“Pegawai Penguatkuasa JAIS yang berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat (Sajjad),” kata kenyataan itu.

Sajad, pada minggu lalu mendakwa dirinya ditahan reman oleh JAIS kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yassin di pejabatnya di Shah Alam.

Menurut Sajad, 36, dia ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kuala Kubu Bharu dan mendakwa telah dilayan tidak wajar walaupun kehadirannya bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

BBerkaitan

Latest articles