Tular Video Cium Bibir Kanak-Kanak, Polis Buru Pengasas Produk Kecantikan

Polis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung beberapa video yang tular di media sosial yang memaparkan aksi beliau mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.

Latest articles

Related articles

spot_img