KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Yaakob yang rela hati mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kelantan, sekiranya PAS sekali lagi menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai mengulas ranangan pertukaran Menteri Besar Kelantan seperti diumumkan semalam, disebabkan Datuk Ahmad Yaakob uzur.
”Kita buat pertukaran Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar. Ada pertukaran, pengumuman itu bergantung pada persetujuan Tuanku kerana pelantikan kerajaan ini melibatkan Tuanku, melibatkan parti dan melibatkan rakyat. Rakyat tak tahu lagi.
”Menteri Besar undurkan diri kerana uzur. Sudah beberapa kali Menteri Besar terima rawatan. Kali ini Kita pertimbangkanlah, kesian pada beliau dan masih menjadi wakil rakyat beri sumbangan.
”Kita mahu semangat baharu di Kelantan, ada perubahan di Kelantan sebab itulah Timbalan pun diubah,” katanya ketika ditemui sejurus mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, hari ini.
Ditanya apakah perubahan yang diumumkan PAS itu berkaitan dengan isu kepimpinan utama parti di Kelantan, Abdul Hadi bagaimanapun menolak dakwaan sedemikian.
Pada Khamis lalu, PAS mengumumkan Ahmad dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah akan digantikan dengan kepimpinan baharu sekiranya ia menang di Kelantan.