Tukang Kebun Jumpa Bayi Dalam Semak

Seorang lelaki yang juga tukang kebun terkejut menemui seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil, petang semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemukan lelaki berusia 50 tahun itu pada kira-kira 3 petang.

“Ketika sedang berehat di rumahnya, anak saudara tukang kebun tersebut memberitahu terdengar bunyi tangisan bayi sebelum lelaki itu keluar mencari bunyi berkenaan.

“Tukang kebun tersebut kemudian menemukan bayi malang itu dalam semak kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini