Tuduh DAP Kawal Saya Adalah Penghinaan – Tun M

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan menepis tanggapan ramai pihak bahawa dirinya ‘tunduk’ kepada arahan DAP sepanjang memimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga Februari lalu.

Memetik wawancara bersama Malaysiakini, Dr Mahathir mendakwa parti diterajui anak-beranak Lim itu tidak punya kuasa untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Untuk mengatakan DAP mengawal saya … Saya fikir anda menghina saya, jika anda fikir DAP dapat mengawal saya,” katanya.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga berkata dirinya lebih berkuasa daripada DAP dalam soal pentadbiran kerajaan.

“Ini tak benar sama sekali. Ya lah DAP ada dalam kerajaan dan dia menjadi menteri kewangan, dia mengawal wang (kerajaan) sepenuhnya, (tapi) saya kawal.

“Banyak cadangan-cadangan dia (menteri kewangan) walaupun saya kata boleh bawa dalam Kabinet (tapi) Kabinet tolak. Umpama menghapuskan tol, Kabinet tak setuju, dia nak ambik alih Plus pun Kabinet tak setuju. Nak kata dia berkuasa, dia tak ada kuasa.

“DAP tak berkuasa, yang berkuasa saya. Orang tahu saya jadi perdana menteri lama, masa saya jadi perdana menteri 22 tahun siapa yang kuat mengawal saya? IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) tak kawal saya, World Bank tak kawal,” katanya lagi.

Dr Mahathir turut memberi penghargaan kepada Menteri Kewangan PH pada ketika itu, Lim Guan Eng yang memohon bantuan kepada Terengganu dan Kelantan yang dipimpin oleh kerajaan PAS.

Beliau memberi contoh ketika kedua-dua negeri itu berdepan dengan masalah kewangan.

“Kelantan hampir muflis, nak bayar gaji tak boleh, Lim Guan Eng yang cadangkan supaya Kelantan diberi secara sekali ‘one off’ RM400 juta, Terengganu RM200 juta, ini bukan negeri PH.

“Tapi dia negeri Melayu, dia (Guan Eng) tahu masalah…Soal Kelantan nak beli (kereta)Mercedes dia punya masalah,” katanya lagi.

Dr Mahathir dalam masa yang sama mendakwa kerajaan pimpinannya selama 22 bulan yang lalu berjaya mencipta rekod pengurusan yang baik dan bersih, apatah lagi dengan proses peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berusia 60 tahun secara aman.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...

Jawapan UMNO Kepada PAS Akan Diberikan Minggu Depan

Parti UMNO akan menjawab persoalan parti PAS minggu depan tentang kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut ada dalam kalangan Ahli...