Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isterinya, Melania, menjadi pemimpin dunia terbaru yang disahkan positif Covid-19.
Perkara itu disahkan menerusi ciapan Trump di Twitternya dengan memaklumkan beliau akan menjalani proses kuarantin dan rawatan kesihatan.
“Malam ini, @Flotus (Melania) dan saya diuji positif Covid-19. Kami akan menjalani proses kuarantin dan rawatan segera. Kita akan melaluinya bersama,” ciapnya.
Sebelum ini, pembantu peribadinya, Hope Hicks telah dilaporkan positif Covid-19.