Trump Dakwa Dirinya ‘Kebal’ Covid-19

 

Selepas disahkan doktornya bahawa tidak berisiko untuk dijangkiti Covid-19 lagi, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kembali meneruskan kempennya menentang pesaingnya, Joe Biden.

“Saya seperti kebal (COVID-19), saya tidak tahu, mungkin untuk jangka masa yang lama atau sebaliknya, mungkin untuk seumur hidup, tiada siapa yang tahu, tetapi saya kebal.

“Anda memiliki seorang Presiden yang kebal …kini anda ada seorang Presiden yang tidak perlu bersembunyi seperti dilakukan pesaingnya,” katanya.

Meskipun seseorang yang pernah diserang Covid-19 mempunyai antibodi untuk menentang jangkitan itu, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa tiada data mencukupi mengenai berapa banyak antibodi yang diperlukan, sejauh mana atau berapa lama ia boleh melindungi seseorang daripada virus itu.

Trump, dalam temubual menerusi panggilan telefon mendakwa Biden kini tidak sihat.

“Jika anda lihat Joe (Biden), semalam beliau batuk dengan teruk sekali dan memakai topeng pelitup kerana beliau batuk.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana (dakwaan Biden tidak sihat) tidak mendapat banyak liputan,” katanya.

Pasukan kempen Biden kerap menyiarkan mengenai keputusan ujian saringan calonnya selepas Trump disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital selama tiga hari, sekali gus menyebabkannya ketinggalan dalam kempen pilihan raya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini