‘TRAVEL BUBBLE’ : SUATU IDEA BERANI KERAJAAN

Pada 11 Mac 2020 selepas mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet, Datuk Seri Dr Adham Baba telah melakukan tindakan berani mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menutup pintu masuk kita untuk beberapa buah negara luar.

Justeru hasil pandangan pakar dan kesepakatan pihak berwajib, maka warga dari empat negara telah dilarang untuk masuk ke Malaysia, iaitu dari China, Iran, Itali dan Korea Selatan.

Keberanian Menteri Kesihatan ini turut terserlah melalui cadangan keduanya iaitu melaksanakan suatu bentuk ‘lockdown’ di seluruh negara pada waktu itu. Maka, akhirnya kerajaan bersetuju untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020.

Kali ini, Dr Adham telah bertindak berani sekali lagi dengan bertanggungjawab menandatangani Seksyen 29, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian 2021).

Peruntukan seksyen ini telah membenarkan kaedah ‘travel bubble’ kepada lawatan rasmi negara melibatkan para pemimpin negara dalam keadaan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat.

Sesi lawatan rasmi pertama untuk negara ini yang menggunapakai kaedah ‘travel bubble’ ini adalah lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia selama 24 jam baru-baru ini.

Walaupun di sisi berbeza ramai yang skeptikal dan mempersoalkan banyak perkara sepanjang lawatan berkenaan diadakan, namun ramai yang tidak tahu bahawa sepanjang lawatan rasmi tersebut, kaedah ‘travel bubble’ telah digunakan. Ini adalah ‘pilot project’ untuk kaedah baharu berkenaan.

Sesungguhnya, ia cukup penting kerana ia menjadi peluang besar kepada kaedah ‘travel bubble’ untuk digunapakai ke peringkat yang lebih meluas selepas ini jika ia berkesan.

Sudah tentu sekiranya ‘pilot project’ ini berjaya, makai a membuka peluang besar untuk kita gunakan kepada para pelabur luar negara dan untuk ahli-ahli perniagaan untuk masuk merancakkan sektor ekonomi di negara ini.

Malah, kaedah ini bukan sahaja terhad kepada sektor ekonomi, sektor yang dinanti-nantikan iaitu pelancongan turut boleh menggunakan cara ini tidak lama lagi. Walaupun kita tidak dapat gambarannya lagi, namun ia tidak mustahil akan berlaku.

Kita tidak terfikir untuk lakukan saat ini, tetapi kaedah ‘travel bubble’ oleh rombongan lawatan rasmi Perdana Menteri ini adalah suatu langkah awal kearah itu.

Apatah lagi vaksin pun semakin tiba, maka pendekatan ini sudah tentu berbentuk lebih ke hadapan.

Mudah-mudahan keberanian Dr Adham ini dapat menjadi harapan kepada peniaga, usahawan pelancongan, pemandu pelancong dan rancangan-rancangan pelaburan industri dan perkhidmatan dalam neagra kita ini.

Tidak mustahil juga dalam jangka masa yang lebih panjang akan menjadi ikutan contoh kepada negara lain, walaupun Malaysia bukan negara pertama yang mencetuskan ‘travel bubble’ ini.

Bagi mereka yang masih samar-samar tentang isu ‘travel bubble’ ini, lihat kembali proses lawatan rasmi Perdana Menteri ke Indonesia tempoh hari.

ketika Perdana Menteri pergi Indonesia, beliau dan rombongan sebenarnya sedang berada dalam ‘bubble’. Hanya duduk di tempat yang ditetapkan, kapal terbang dan bilik hotel juga tidak bercampur dengan ramai orang. Maksudnya, ia dalam keadaan terkawal dan sentiasa dikawal selama 24 jam sehari.

Seperkara lagi, kita harus fahami bahawa akta yang ditandatangani itu tidak semestinya terikat sekadar tiga hari kerana ada istilah ‘atau’ di situ. Ini bermakna menteri ada kuasa untuk panjangkan tempoh kepada lima atau 10 hari lagi terutama jika dia didapati positif.

Semoga usaha murni dan tekun dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini mampu menurunkan kes virus Covid-19 di Malaysia, dalam masa sama mampu menggerakkan pentadbiran negara dengan lebih baik.

IBN SAAD
Putrajaya

BBerkaitan

Latest articles