Tragedi jatuh Sungai : 2 Beranak Ditemui Lemas

Dua kanak-kanak adik-beradik yang terjatuh ke sungai ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin, kelmarin, masing-masing ditemui lemas malam tadi dan pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin, berkata penduduk kampung menemui mayat Dhenis Maulida Puteri Masari, 7, terapung kira-kira 100 meter (m) dari lokasi kejadian pada jam 8 malam tadi.

Beliau berkata, mayat adik mangsa, Puteri Ramadhania Azzahra, 3, pula ditemui terapung pada jam 7.30 pagi ini oleh penduduk kampung, kira-kira 50m dari lokasi mayat kakaknya dijumpai.

“Mayat dua beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin, untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian jam 11.15 pagi kelmarin, dua beradik itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka dipercayai hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kedua-dua mangsa membonceng motosikal ditunggang ibu mereka yang dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini