TPM: Muhyiddin Pilih Ismail Sabri Atau Hishammuddin?

KUALA LUMPUR: Dipercayai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang sesama mereka bagi calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO.

Selepas perbincangan selesai, Muhyiddin akan membuat keputusan akhir dan mengumumkan nama timbalannya.

Akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily melaporkan, Muhyiddin bagaimanapun mahu timbalan yang dilantik kelak boleh menjadi pendamai kepada beberapa kumpulan yang berbeza pandangan dalam UMNO.

Ini bertujuan meredakan perbalahan dalaman parti sekaligus mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Sumber yang dekat dengan UMNO berkata, Muhyiddin bersedia memberi jawatan TPM kepada UMNO, tetapi “pemberian” itu tersekat kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu jawatan itu.

Namun memandangkan Ahmad Zahir berdepan dengan kes mahkamah maka Muhyiddin berharap jawatan itu diserahkan kepada calon yang lebih sesuai.

“Ismail Sabri mempunyai jawatan penting dalam parti dan beliau asalnya daripada kumpulan Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelantikan beliau dipercayai dapat mengurangkan penolakan daripada UMNO,” kata sumber.

Namun dikatakan Muhyiddin lebih berminat untuk melantik Hishammuddin bagi jawatan itu, dipercayai pendirian Ahli Parlimen Sembrong yang lantang itu sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, hubungan baik Hishammuddin dengan pihak China dan kerabat diraja Arab Saudi juga memberinya kepada beliau.

BBerkaitan

Latest articles