Tongkat Khutbah Tak Boleh Dijadikan Bahan Lawak

Selepas tular pelbagai gambar memaparkan aksi umat Islam mengenakan kayu golf, kayu mop dan pedang mainan sebagai tongkat khutbah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zilkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan seluruh umat Islam untuk tidak menjadikannya sebagai satu bahan lawak.

Netizen Kongsikan Gelagat Khatib Menyampaikan Khutbah Di Aidilfitri

Gambar-gambar berkenaan bertebaran di media sosial ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Ahad lalu.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya.

Penggunaan tongkat untuk membaca khutbah adalah sunat, berdasarkan rujukan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Selain tongkat, khatib juga boleh menggunakan pedang atau busur anak panah.

BBerkaitan

Latest articles