Tommy Minta Anwar Cermin Diri Mengapa Terus Gagal Jadi PM

KUALA LUMPUR: “Beliau sudah terlepas peluang menjadi PM beberapa kali termasuk sebagai PM ketujuh dan kelapan.”

Demikian menurut bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung mengapa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal menjadi Perdana Menteri selepas lebih 20 tahun.

Meskipun soal ini harus dijawab sendiri oleh Anwar, namun Tommy, menerusi wawancara bersama China Press baru-baru ini berpendapat Anwar perlu mencerminkan diri dan bertanya diri sendiri mengapa masih gagal memegang jawatan itu.

“Saya berasa sedih kerana beliau ingat boleh menjadi PM pada 1996/1997 dan saya berasa pemecatan beliau pada 1998 adalah kerana Dr. Mahathir Mohamad dan orang lain merasakan ancamannya. Oleh itu mereka menggunakan mahkamah untuk menghalangnya menjadi PM.

“Orang lain berasa sedih untuk Anwar, tetapi ini tidak bermakna Anwar boleh menjadi PM 24 tahun kemudian.

“Saya tidak dapat menjawab kenapa beliau boleh terlepas peluang, tetapi saya berasa beliau perlu mencerminkan diri dan bertanya kenapa asyik terlepas peluang.

“Ya, ini adalah mengenai soal nombor. Tetapi, kenapa tidak mempunyai nombor yang mencukupi untuk menjadi PM?,” katanya.

Menerusi wawancara yang sama, Tommy percaya kejayaan Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil Sabah, Melaka dan Johor adalah didorong beberapa sebab, termasuk pembangkang yang lemah.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) harus menggunakan isu kleptokrasi dalam pilihan raya, Tommy berpendpat, isu rasuah harus terus dibangkitkan tetapi bukannya memfokus kepada kleptokrasi berkaitan dengan 1MDB.

BBerkaitan

Latest articles