Tok Mat : ‘Saya tak nak tambah duka, yang penting parti diperkasa’

Menerusi sebuah puisi tajam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menyeru akar umbi parti memperkasakan Umno supaya muncul “juara” pada pilihan raya umum 15.

Menerusi puisi itu, Hasan berkata “ramai akan seronok” dan “gembira” jika Umno berkecamuk dan berpecah, justeru keperluan semua ahli bersatu untuk meraih kejayaan.

Beliau juga berharap, apabila sampai pemilihan parti, ahli Umno akan memilih pemimpin yang mereka sukai, “jika itu satu-satunya cara untuk tenangkan jiwa yang lara.

Berikut puisi Mohamad Hasan yang dipetik daripada Facebook beliau :

Ramai orang tertanya tanya..
Mengapa saya membisu seribu bahasa..
Bagi saya, biarlah ribut ni reda..
Saya tak mau menambah duka..
Yang penting parti mesti di perkasa..
PRU 15 kita nak jadi juara..
Jika kita berpecah ramai yang seronok..
Kita berkecamuk ramai yang gembira..
Ayuh kita cari mana yang elok..
Elakkan yang cela hilangkan lah lara..
Susunlah langkah menuju hala..
Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata..
Jangan parti berkecamuk dan bergelora..
PRU 15 mesti jadi Keutamaan kita..
Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota..
Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita..
Ketika itu tepuk dada tanyalah selera..
Jika itu satu2 nya cara..
Untuk tenangkan jiwa yang lara..

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Sebaran intipati Mesyuarat MPT Bersatu palsu – Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR, 6 Mac  - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada...

Dua Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak hari ini menyertai BERSATU. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Mereka adalah ADUN...

Bayaran Ujian Pengesanan COVID-19 Dikecualikan Untuk 18,600 Pelajar IPT

Kerajaan mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong...

Putusnya Hubungan UMNO-BERSATU Ada Implikasi Besar

BERSATU berpandangan bahawa pendirian UMNO untuk tidak lagi bekerjasama akan memberi kesan besar terhadap kedua-dua parti itu pada masa hadapan. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri...

Setahun Usia PN, BERSATU Seru Stabilkan Gagasan

BERSATU melihat tempoh setahun selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan semangat kerjasama di antara parti-parti yang terlibat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah...