TMJ Dedah Sultan Johor Murka Ahmad Zahid Letak Hasni Sebagai ‘Poster Boy’ MB

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Sultan Johor murka terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mendahului keputusan pelantikan menteri besar negeri itu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap menerusi Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahrir Hamdan, Tunku Ismail menjelaskan pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar merupakan cara Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan bahawa kuasa baginda dalam soal pemilihan tidak wajar diketepikan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengumumkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar Johor pada PRN Johor, Mac 2022 yang lalu.

Bagaimanapun tindakan itu dijelaskan Tunku Ismail dilakukan tanpa mendapatkan nasihat daripada Sultan Ibrahim.

“Saya rasa ini adalah cara Ke Bawah Duli Tuanku menunjukkan bahawa janganlah ketepikan pandangan baginda ataupun yang melantik menteri besar ini adalah raja.

“Apabila awak endorse seseorang seolah-olah you are playing (bermain), buat poster boy masa tu Datuk Hasni. Kebawah Duli Tuanku upset (murka) dengan Datuk Zahid, ‘Eh awak patut refer kepada saya dulu, siapa yang harus saya fikir menjadi MB’.

“Ini adalah cara untuk mengingatkan mereka ‘yang di atas’ jangan mencabar kuasa raja dalam memilih menteri besar,” kata baginda.

Terdahulu Khairy bertanya mengenai proses pelantikan Onn Hafiz sebagai menteri besar.

Sementara itu Tunku Ismail memberi markah 7 daripada 10 terhadap prestasi Onn Hafiz sebagai menteri besar kerana masih muda dan beberapa isu perlu diselesaikan.

BBerkaitan

Latest articles