Titah Adendum: Takiyuddin Mohon Jadi Peguam Pemerhati

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai peguam pemerhati bagi pihak tiga Ahli Parlimen dalam rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar kewujudan titah adendum.

Takiyuddin memaklumkan, beliau mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ujar beliau, isu berkaitan titah adendum dibangkitkan secara serius dalam Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024.

“Ketika Sesi Soal Jawab mengenai titah adendum, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkata beliau tidak boleh menjelaskan isu ini di Parlimen atas alasan subjudis.

“Cadangan yang kami faham daripada kerajaan ialah agar kami datang (ke mahkamah) untuk memahami isu ini, kami memohon untuk menjadi pemerhati dalam prosiding ini,” katanya.

Prosiding itu didengar di hadapan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama-sama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril.

Najib merayu mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman dalam usaha memaksa kerajaan dan enam yang lain mengesahkan kewujudan titah berkenaan yang didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

BBerkaitan

Latest articles