Tipu Penjualan Pelitup Mulut Dan Hidung, Wanita Dihadapkan Ke Mahkamah

Seorang ejen hartanah didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor, semalam atas enam pertuduhan menipu berkaitan urusan penjualan topeng penutup mulut dan hidung melibatkan kerugian bernilai lebih RM400,000.

Tertuduh, Syahkira Mhd Rushid, 30 tahun mengaku tidak selepas faham akan pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tuduhan pertama, dia didakwa menerima RM10,000 yang dipindahkan oleh seorang wanita dari Meru untuk pembelian topeng berkenaan pada 5 April 2020.

MESTI BACA – Kisah Sakit Lutut Yang Menyelamatkan Nyawa

Pertuduhan kedua, dia dituduh menerima RM345,000 dari seorang lelaki antara 21 Mac dan 1 April untuk urusan pembelian 6,910 kotak topeng.

Untuk pertuduhan ketiga hingga kelima, dia didakwa menerima RM60,000 dari seorang lagi lelaki untuk urusan sama di sebuah cawangan Public Bank di Bukit Kapar di Klang pada 2 April 2020.

Tuduhan terakhir, Syahkira didakwa menerima RM6,600 dari seorang tukang masa berhampiran sebuah hospital swasta di Bukit Raja pada 27 Mac 2020.

Wang berkenaan diberikan kepada tertuduh untuk pembelian topeng penutup mulut dan hidung tetapi para mangsa tidak menerima langsung topeng yang dimaksudkan.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM17,500 dengan seorang penjamin untuk semua tuduhan.

Kes akan disebut semula pada 21 Julai nanti.

BBerkaitan

Latest articles