PRESIDEN Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing dilantik sebagai duta bertaraf menteri, lebih sebulan selepas beliau menolak pelantikan sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Tiong dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke China, kata Pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata Tiong akan berperanan memperkukuhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal pernah dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.
Beliau sebelum ini dilaporkan menolak jawatan timbalan menteri di Kementerian Perpaduan Negara yang ditawarkan Muhyddin.-TRI