Tinggalkan PKR, Afif Sertai Bersatu

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR yang digantung, Dr Afif Bahardin hari ini mengesahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Keputusan keluar parti itu dilakukan selepas dirinya diletakkan di kerusi pembangkang pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang akan bermula November depan.

Afif yang juga ADUN Seberang Jaya telah memaklumkan hal berkenaan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sebelum ini digantung keahliannya sementara menunggu siasatan lembaga disiplin PKR kerana terlibat dengan bekas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui Langkah Sheraton.

Jumaat lalu Afif turut mengadakan pertemuan dengan beberapa Adun pembangkang sehingga menimbulkan persoalan mengenai landskap politik di Pulau Pinang.

Pertemuan itu membabitkan Adun Penaga dari PAS, Mohd Yusni Mat Piah (PAS), Adun Bertam Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim.

BBerkaitan

Latest articles