Tindakan Ramasamy Sudah Dijangka, Bukti Tunggang Parti Kerana Jawatan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Look Siew Foke membidas Dr P. Ramasamy sebagai seorang yang hanya mementingkan diri dan menggunakan parti demi mendapatkan jawatan.

Terdahulu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu mengumumkan keluar DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun, Anthony memberitahu tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu sudah dijangka apabila beliau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Bahkan Ramasamy langsung tidak membantu parti sepanjang kempen.

“Kita berasa dukacita apabila seorang pemimpin yang telah diberi banyak peluang oleh parti selama tiga penggal menjadi Timbalan Ketua Menteri, apabila tidak diberikan kerusi maka keluar parti, ini yang rasa mendukacitakan.

“Ini bezanya ketaatan kepada perjuangan apabila tidak dicalonkan, seorang yang taat kepada parti, akan terus tinggal dalam parti bersama berjuang parti untuk berkempen menangkan parti.

“Adakah selama ini mereka hanya tunggang parti demi jawatan? Tiada jawatan terus keluar parti dan kalau mereka buat begitu mereka selama ini hanya menunggang parti demi jawatan,” katanya di sidang media selepas Program Santai Pagi Bersama Masyarakat Kampung Chennah, hari ini.

“Ini tidak akan menjejaskan apa-apa, kalau mana mana pihak nak keluar parti, kita tak akan merayu kalau orang itu sudah tidak hati untuk bersama parti.

“Parti akan terus kukuh ada orang keluar, lebih ramai orang masuk dan itu tidak menjejaskan kempen PRN PH,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles