Timbalan Presiden Warisan Gesa Pilihanraya Negeri Diadakan

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking menggesa pilihan raya negeri diadakan di Sabah selepas bekas ketua menteri, Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan mencukupi untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Leiking turut menyerang Adun Warisan yang menyokong gabungan baru Musa dengan menyifatkannya “pengkhianatan besar”.

Ahli Parlimen Penampang dan bekas menteri persekutuan itu, terkejut dengan dakwaan Adun berpaling tadah daripada kerajaan negeri pimpinan Warisan, selepas menyuarakan sokongan kepada Ketua Menteri, Shafie Apdal.

“Ini ialah pengkhianatan besar kepada mandat yang diberikan rakyat Sabah sejak 2 tahun lalu.

“Mereka berulang kali menyuarakan kesetiaan dan menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong ketua menteri dan kerajaan negeri yang sah serta ia pelik untuk melihat mereka membuat pusingan U.

“Walaupun kami terkejut dengan apa yang dilaporkan berlaku, saya secara peribadi percaya pilihan raya negeri perlu diadakan,” katanya seperti yang dilaporkan portal  FMT.

Terdahulu, Musa petang tadi mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Beliau mendakwa mendapat sokongan mencukupi daripada Adun Warisan, PKR, PPBM dan Umno Sabah.

Katanya, beliau akan menemui gabenor tidak lama lagi untuk menyerahkan SD yang ditandatangani Adun menyokongnya.

Antara Adun yang menghadiri sidang media Musa hari ini ialah Kenny Chua daripada PKR (Inanam), Ronnie Loh daripada DAP (Adun dilantik), Osman Jamal daripada Warisan (Balung), Hamisa Samat (Tanjung Batu), Musbah Jamli (Tempasuk), Bolkiah Ismail (Pitas), Anita Baranting (Tandek) serta Abidin Madingkir daripada Upko (Paginatan).

Leiking berkata, kem Musa mungkin mengingatkan Warisan berhubung rampasan kuasa daripada Barisan Nasional melalui pembelotan Adun selepas pilihan raya umum lalu.

“Tetapi, ini berlainan kerana ini ialah kerajaan memerintah dan hanya selepas 2 tahun, orang-orang ini (Adun) dikatakan akan meninggalkan kerajaan.

“Mari kembali kepada rakyat untuk lihat jika mereka setuju dengan apa yang mereka lakukan atau sebaliknya.”

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...