Timbalan Presiden UMNO Beri Peringatan Kepada Akhbar Utusan Malaysia

Surat khabar Utusan Malaysia yang sudah dikeluarkan semula semalam diingatkan supaya belajar ketika tempoh kejatuhannya dengan melakukan liputan mengikut kerja kewartawanan yang tulen, benar, ikhlas dan meyakinkan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kemunculan semula akhbar itu sebagai satu saat yang membahagiakan.

Beliau berkata kemunculan Utusan Malaysia kali ini diharapkan membawa bersamanya ideal pencerahan yang sangat diperlukan oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Akhbar berbahasa Melayu itu yang sebelum ini penerbitannya telah dihentikan sejak Oktober tahun lalu kerana dibelenggu masalah kewangan.

“Yusuf Ishak dan Rahim Kajai mengasaskan Utusan Melayu untuk menjadi suara yang bebas dan berani dalam mewakili nurani dan pemikiran bangsa Melayu.

“Ia tidak pernah diasaskan untuk menjadi jurucakap mana-mana parti politik. Justeru, Utusan Malaysia dengan kebangkitan semulanya, mesti kembali kepada ideal asal penubuhannya, iaitu kewartawanan berwibawa.

“Hanya itu jalan terbaik untuk masa depan untuknya,” kata beliau dalam laman sosial Facebooknya, Mohamad Hj Hasan.

MESTI BACAPemimpin Warisan Tolak Cadangan Bawa Masuk Tun M

Menurut beliau, semua pekerja dan pengurusan tertinggi akhbar itu hanya mempunyai satu pilihan iaitu bangkit membawa kewartanan yang sebenar-benarnya.

“Jika anda gagal melakukannya, maka Utusan Malaysia tidak akan menjadi kebangkitan baru yang berjaya. Maka lakukanlah tugas kewartawanan yang sebenar-benarnya,” katanya.

Katanya, rakyat negara ini mengimpikan Washington Post atau New York Times ala Malaysia.

“Ia bukan sahaja menjadi jurucakap kepada rakyat Amerika, tetapi suara masyarakat global yang sangat dihormati,” katanya.

Pada 29 Oktober 2019, Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan untuk menutup operasi syarikat penerbitan akhbar berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu memo dalaman yang diedarkan kepada kakitangan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini