Timbalan Menteri JKR Sah Letak Jawatan Namun Kekal Di Kerusi Perikatan Nasional

Ahli Parlimen Sri Gading , Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan menteri Kementerian Kerja Raya , berkuatkuasa hari ini namun kekal duduk di kerusi backbenchers Perikatan Nasional

Menerusi sepucuk surat perletakan jawatannya yang dilihat TheRakyatInsight, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan peluang kepadanya untuk berada di dalam kabinet.

Awal hari ini beliau telah mengeluarkan kenyataan media mengenai peletakan jawatannya sebagai timbalan menteri dan berkata dirinya ‘melakukan ijtihad politik yang kurang tepat’.

SHAHRUDDIN LEPAS JAWATAN TIMBALAN MENTERI

“Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat, iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN,” demikian memetik kandungan surat berkenaan.

 

BBerkaitan

Latest articles