KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Seberang Perai hari ini membenarkan remaja perempuan berusia 14 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes menikam ibu saudaranya dalam kejadian di Blok E2 Flat Taman Teluk Indah, Perai, semalam.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan diirngi polis pada jam 9.10 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis pada jam 9.10 pagi.
Dalam pada itu suspek yang sudah tidak bersekolah dipercayai turut positif dadah jenis methamphetamin.
Dalam kejadian 11 pagi semalam, remaja berkenaan bertindak menikam perut ibu saudaranya menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Blok E2 Flat Taman Teluk Indah, Perai.
Mangsa berusia 35 tahun berada di rumahnya bersama anaknya berusia lima tahun ditemui penduduk flat tersebut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pintu rumah sebelum menghubungi pihak ambulans untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.30 pagi sebelum pasukan penyiasat bergegas ke lokasi kejadian.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan mangsa di ruang tamu rumah berkenaan susulan mangsa menghalang suspek mahu tinggal semula bersama ibu kandungnya.
”Susulan itu suspek tiba-tiba bertindak menikam mangsa menggunakan pisau hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kiri perutnya,” katanya.