Tiga Yang Maut Di Konsert Pinkfish Akibat Dadah Peransang

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam awal tahun baru berpunca daripada Stimulant Drugs Intoxication (dadah perangsang).

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ia berdasarkan laporan patologi hospital yang diterima pihaknya.

Bagaimanapun polis masih menunggu laporan patologi seorang lagi mangsa yang meninggal dunia.

“(Manakala) Seorang lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu Hussein memaklumkan pihaknya telah merakam percakapan seramai 53 orang saksi berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke koroner setelah siasatan lengkap,” katanya lagi.

Sebelum ini, beliau berkata empat yang maut selepas menghadiri konsert itu dipercayai mengambil pil dadah jenis ekstasi.

BBerkaitan

Latest articles