Tiga Timbalan KM Sabah Tak Bercanggah Perlembagaan Negeri

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz menjelaskan pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah tidak melanggari peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri.

Hajiji Angkat Sumpah KM Sabah

Katanya keputusan pelantikan timbalan ketua menteri bergantung kepada Ketua Menteri itu sendiri.

Bahkan tiada jumlah khusus untuk jawatan timbalan menteri dan timbalan ketua menteri di dalam Perlembagaan, melainkan pelantikan Ketua Menteri.

“Kalau kita lihat dalam Kerajaan Persekutuan sekarang ini, kita tidak namakan Timbalan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri menamakan Menteri Kanan daripada pelbagai parti politik. Saya rasa menggunakan sifir yang sama dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri Sabah,” kata Shamrahayu ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk ‘Kerajaan Baharu Negeri Sabah 2020’ terbitan Bernama TV di sini malam tadi.

Semalam berlangsung Majlis Angkat Sumpah pentadbiran kerajaan negeri yang baru dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di sini hari ini tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (ADUN Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Joachim Gunsalam (ADUN Kundasang).

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini