Tiga Orang Gagal Lunas Bil Kuarantin Antara Ditahan Ingkar PKPP

Tiga individu yang gagal membayar bil kuarantin akibat COVID-19 merupakan antara 68 orang yang ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan lain membabitkan 21 kes ingkar perintah PKP Diperketatkan (PKPD) dan 18 kes gagal menyediakan peralatan seta merekodkan butiran diri.

“Selain itu, 18 kes tidak memakai pelitup muka, enam kes membabitkan penjarakan fizikal dan dua tangkapan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya melalui kenyataan media.

Daripada jumlah keseluruhan 68 kes itu, katanya, seramai 66 individu dikenakan kompaun, manakala dua individu ditahan direman.

Sementara itu, beliau memaklumkan, Task Force Operasi Pematuhan PKPP yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 59,899 pemeriksaan semalam.

Katanya, sebanyak 3,682 pasar raya, 4,949 restoran, 1,203 penjaja, 1,345 kilang ,372 bank dan 928 pejabat kerajaan diperiksa bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Ismail Sabri berkata, pemeriksaan digerakkan 3,123 pasukan pematuhan dengan 12,873 anggota itu turut memeriksa 1,094 terminal pengangkutan darat, 215 terminal pengangkutan air dan 107 terminal udara.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...