Tiga Kali Tidak Hadir Mesyuarat MKT, Isham Dicabar Datang Malam Ini

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar Ahli Majlis Tertingginya, Isham Jalil untuk hadir ke mesyuarat parti malam ini bagi menyuarakan pendapat mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.

Menurut Ahmad Zahid, Isham sudah tiga kali tidak menghadiri Mesyuarat MKT.

“Saya harap malam ini Isham Jalil di mesyuarat MKT kalau ada pendapat lain beliau boleh suarakan.

“Setakat ini beliau tidak datang mesyuarat MKT sudah tiga kali. Mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini, suarakan pendapat yang beliau sanggah sendiri apabila kita jalin kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi bentuk Kerajaan Perpaduan,” tegasnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh Wanita UMNO dan 99 Speedmart Sdn Bhd di Bangunan Putra, hari ini.

Cabaran itu dikemukakan Ahmad Zahid renteran kritikan Isham baru-baru ini yang mengaitkam kekalahan UMNO- BN pada PRK Kemaman berpunca daripada segelintir pemimpin parti itu yang bersikap lebih DAP daripada DAP, bahkan rela menjadi barua parti cauvinis itu.

BBerkaitan

Latest articles