Tiga Inisiatif Untuk Perkukuh Sempadan Negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tiga inisiatif sebagai teras memperkukuhkan kawalan sempadan negara, selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi lain di bawahnya.

“Antaranya, ia dicapai dengan kawalan sempadan negara diperkasa apabila Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia secara rasmi mengambil alih sepenuhnya fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di persempadanan negara pada 1 Oktober lalu.

“Pada 11 November lalu, kerajaan bersetuju melantik bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah, sebagai Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency bagi memperincikan penubuhan agensi tunggal menjaga pintu masuk negara dengan lebih cekap,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya, malam tadi.

Hamzah berkata, pihaknya turut melancarkan inisiatif meluaskan fungsi 11 pos kawalan PGA PDRM di Sabah dan Sarawak sebagai balai polis bagi membantu keluarga yang tinggal jauh di pedalaman mendapatkan khidmat kepolisian.

BBerkaitan

Latest articles